Segalanya yang wujud di sudut kedengkian & ketidakpuasan hati. Penulis mengarang berdasarkan fakta agak-agak, khabar angin, cerita kawan-kawan dan dibandingkan dengan pengalaman hidup yang selama ini susah & melarat.



Thursday, December 28, 2006

Streamyx problem - Taiwan underwater cable fault

Thursday, December 28, 2006
istening to: A Dangerous Mind - Within Temptation (4:16)]

dipetik dar Berita Harian

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan internet antarabangsa termasuk di Malaysia mengalami gangguan teruk apabila kabel dasar laut Asia Pasifik Rangkaian 2 (APCN2) terputus ekoran gempa bumi di barat daya Taiwan, kelmarin.

Berikutan itu, lebih 3.8 juta pelanggan internet di negara ini mengalami kesukaran melayari laman web yang berpangkalan di luar negara, terutama Amerika Syarikat (AS), Jepun, China, Taiwan, Korea Selatan dan Eropah.

Kerosakan kabel di persisiran pantai selatan Taiwan itu turut mengganggu 98 peratus daripada kapasiti perkhidmatan telefon kepulauan itu dengan Malaysia, Singapura, Thailand dan Hong Kong.

Telekom Malaysia Bhd (TM), dalam kenyataan semalam berkata gempa bumi di Taiwan itu mengakibatkan kerosakan sistem kabel dasar laut termasuk APCN, APCN2, SEA-ME-WE3, CUCN dan FLAG.

Kerosakan itu menyebabkan perkhidmatan panggilan antarabangsa ke Taiwan, Jepun, China, Hong Kong, Korea dan Amerika Syarikat terjejas.

“TM sedang bekerjasama dengan ahli konsortium untuk melaksanakan kerja membaik pulih. Bagaimanapun, setakat ini, konsortium masih tidak dapat menentukan tempoh masa untuk perkhidmatan pulih sepenuhnya,” katanya.

Syarikat itu menasihatkan pelanggan yang ingin membuat panggilan antarabangsa supaya menghubungi perkhidmatan bantuan operator TM di talian 101.

TM Net Sdn Bhd pula memaklumkan, perkhidmatan internetnya mengalami gangguan prestasi berikutan sambungan talian sesak dan melampau di beberapa jaringan internet antarabangsa semalam.

Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata ia sudah mengambil tindakan segera dengan mengalih laluan trafik ke jaringan sokongan lain bagi mengurangkan kesesakan.

“Pengguna internet di Malaysia dan bahagian lain di negara ini mungkin mengalami sedikit penangguhan dalam mengakses kandungan laman web berpangkalan di luar negara, terutama di AS, Jepun, China, Taiwan, Korea Selatan dan Eropah,” katanya.

TM Net menjelaskan, gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter di pantai selatan Taiwan malam kelmarin menyebabkan gangguan pada kabel APCN2 antara Shantou, China dan Tanshui, Taiwan serta Lantau, Hong Kong dan Chongming, China.

“Ia menyebabkan sambungan internet yang melampau pada talian internet TM Net International secara sambungan transit atau pemula, terutama ke negara yang disebutkan,” katanya.

Pelanggan boleh menghubungi Pusat Interaksi Pelanggan TM Net di 1-300-88-9515 (24 jam) atau 1-300-88-1515 dari 8 pagi hingga tengah malam atau e-mel ke custcare@tm.net.my untuk pertanyaan lanjut.

JARING Communications Sdn Bhd pula berkata talian antarabangsa syarikat itu turut terjejas bermula jam 3.46 pagi semalam dan ia sedang berurusan dengan pihak pembekal talian antarabangsa untuk menyegerakan proses membaik pulih.

“Bagaimanapun, jangka masa proses untuk mengembalikan operasi talian itu tidak dapat ditentukan lagi,” kata Pusat Operasi Rangkaian JARING dalam kenyataan di laman webnya.

0 komen

Wednesday, December 27, 2006

New blogger system! Aku dah dapat!

Wednesday, December 27, 2006
Setelah seminggu menunggu2 sistem template & layout terbaru Blogger sejak keluar dari beta ni akhirnye aku dapat jugak migrate hari ni! Login je terus BAM!


Yahooo..!

memang le best lagi daripada sistem biasa. Nampak macam2 boleh buat.. bergantung kepada rekaletak (layout) template je. Aku still takj pasti camana nak edit so pakai default aje la. Tapi Blogger baru ada kemudahan edit css built-in. Chanteklah!

Paling menarik ialah sistem Kategori atau Label. Ini yang ditunggu2 dari dulu. Satu lagi yang best ialah kemudahan memasukkan skrip atau html ke bahagia sidebar. Ini bonus ni.. boleh buat macam macam beb!


Malangnye, nak masukkan picture masih lagi macam pantet! ape le susah sangat? bila Blogger nak update diaorang punya WYSIWYG ni?


0 komen

Streamyx international line slow macam haram hari ni

[Listening to: Rokugatsu no Okinawa (Live) - BUCK-TICK (3:56)]

Hari ni memang cheebye betul la.. takleh langsung nak selesa pakai international line. asik down je. Site dalam malaysia boleh pulak!

ping giler babi punye slow.. ada yang tak boleh reach langsung pun ada.

Macam la haram!!!

0 komen

Tuesday, December 26, 2006

Pengalaman naik bas.

Tuesday, December 26, 2006
[Listening to: It's a sin - Pet Shop Boys (5:01)]


Hari ni aku lambat bangun. oops.. lupa nak cerita - aku balik kampung cuti Krismas! tapi aku tak sambut la.

Selamat hari Natal - We wish you a Merry Chrismast 3x & a happy new year!

sambung balik.. aku bangun lambat so terlepas bas nak balik ke rumah aku.. so aku terpaksa naik bas lain. Kronologinya adalah seperti berikut.

1. Masa atas motor bapak aku - dia hantar aku pergi simpang tunggu bas - dia tunjuk la satu air terjun kat atas bukit seberang jalan sana, pastu dia cerita; geng2 PAS kat tempat aku nak buat takungan air sendiri (heheheheh..) menggunakan air tadahan dari air terjun tu. Setiap pengguna kena bayar RM 300.00 untuk sistem paip ke rumah masing2. Setakat hari ni dah ada dalam 200 ahli bersetuju. Alasan diaorang nakkan paip air yang berbeza dengan orang lain adalah kerana diaorang tak suka KLORIN dalam paip diaorang.

2. Masa aku tunggu bas, jumpe anak orang kampung aku.. ngan sorang awek.. tah awek dia ke.. adik dia aku x pasti.. buleh aje la muke awek tuh.. biase je.

3. Masa aku naik bas, tengah cari seat - ada seorang awek tu pergh.. lawa jugak siot! Tapi mekap ada sikit teballah.. Nonetheless.. memang le lawa!

4. Tengah jalan.. ada sorang mamat badan besar naik, tapi gaya dan suara macam pondan ceh! dia dok belakang sekali ngan aku sebelah kanan.

5. 3 1/4 jalan.. ada awek naik ngan makcik. Ini tak boleh jadik aku kata dalam hati. PUUUUUUUUUHH!! memang lawa nak mampus! cemerlang habis. Kalau awek2 dalam siri Kawan tu senang2 je dia boleh pukul! kult muka putihnye boleh buat iklan!

6. Terdetik di hati aku.. ape awek ni buat naik bas? Ini satu dosa! Tak layak sungguh awek secemerlang macam tu naik bas! Sepatutnya ada balak datang ambik naik kereta!! Dunia sesungguhnya tak adil.. ;)

7. Dsebabkan tempat duduk dah penuh maka tinggal seat belakang je yang kosong. Aku dok seat belakang kat sebelah kiri sekali. sebelah aku ada sorang mamat. Makcik yg naik sekali dengan awek tuh duduk kat sebelah dia pastu sound "cuba korang ke tepi sikit, bagi orang duduk!" mamat tu dengan muka panas pun berenjak la sikit bagi ruang. Dapatlah awek tu duduk - sebelah mamat tu. Aku tak tau la mamat tu still panas lagi ke tak lepas kena sound!?

8. Sepanjang jalan aku tertoleh-oleh juge nak nengok awek tuh.. tapi susah la sebab dia duduk sebaris ngan aku. Boring punya pasal aku tengok2 la mini-grafiti yang ada kat belakang seat tu. Lawak jugak aku baca:

"grup Bendang Palong budak Otai..", "Bas macam cibai", "Barang baek call 012-xxx" dan yang paling best sekali aku rasa; "Hidup di dunia jangan belagak, nanti mati mata celik baru padan muka" Pergh!!

9. Dekat nak sampai pekan mamat sebelah aku turun.. Tak sempat sampai pun ke pintu makcik tadi bukak mulut lagi, "ape le punya orang.. pot pet.. pot pet.." tak habis lagii!

10. Sedar tak sedar akhirnya aku sampai jugak ke pekan. masa nak turun tu aku dan lagi jeling awek mekap tebal tu.. baru aku perasan bibir dia memang best. alahaii..! stim la pulak!

11. Sampai opis aku bukak la cerita awek lawa tu. Member tanya kat area mana.. lepas tu confirmlah memang ada awek lawa dok situ sebab selalu nampak dia kata. Bukan sorang je.. tapi ada 3 ORANG semua adik beradik dia! ciss ciss ciss..

It's a sin!!


0 komen

Sunday, December 24, 2006

warning dari firefox myths

Sunday, December 24, 2006
[Listening to: Keine Lust - Rammstein (3:42)]

baru semalam aku tulis pasal firefox myths dan letak sebahagian dari isi kandungan website tu ke dalam blog nih.

Tak lama aku dapat email pasal annonymous comment dari pengarang (?) website tu memberitahu bahawa aku tak boleh copy isi kandungan website diaorang?

Macam la haram!

diaorang buat fakta ni.. promot kat orang tapi tak bagi orang guna (partially) apa yang diaorang tulis. Link boleh pulak!

Subj: 6 11:36:19 AM
Date: Sun, Dec 24, 2006 at 11:36 AM
From: anonymous-comment@blogger.com
----------------------------------------------------------------
No part of the Firefox Myths page is allowed to be copied. Remove everything but the link:

http://www.FirefoxMyths.com

--
Posted by Andrew K to Blog Macam Haram at 12/24/2006 11:36:19 AM


Pukimak.. diaorang tak tau ke aku sikit punya susah nak copy paste artikel tuh? Blogger default editor reject preformatted coding.. bila pos jadik macam haram! aku nak copy dari page source pun susah. so aku copy page tu masukkan ke dalam FCK editor (website member aku) semantara untuk dapatkan format yg betul! SUSAH TAU PROSES NIH!

aku secara terbuka menyokong apa yang ditulis oleh website tuh.. Firefox macam haram!! diaorang warning pulak.. aku bukan just copy paste.. aku siap bagi SEJARAH penggunaan browser aku sendiri! Pukimak betul la.. Mampus aku tak sapot diaorang lagi dah lepas nih!

boleh belah la.. macam la aku nak buang balik.. kalau aku senang aku edit.. kalau x senagn Tarak! pegi mampus la..

0 komen

Paid to surf - HYIP.. apa semua ni? betul ke tipu?

[Listening to: Morgenstern - Rammstein (3:59)]

Cubalah ini program mudah untuk menambah pendapatan dengan hanya membaca e-mail sahaja Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan membuka e-mail setiap hari dan lepas itu klik pada semua ad banner dan hasil anda akan memdapat wang pada setiap klik yang anda lakukan.walaub agaimanapun untuk memdapat wang lebih banyak lagi anda perlu mencari reffrel link, dengan mendaftar programs ini dibawah laman web anda joinlah sekarang.

Lupakan programs MLM yang merumitkan. Cubalah yang ini, iaitu HYIP programs dengan starting modal yang rendah Cuma $1 (RM3.80) hinggalah beberapa banyak yang ada mahu bergantung pada plan. Saya pasti anda akan mendapat jumlah wang yang banyak jika anda terus berusaha. Sertailah programs ini jika anda berasa yakin dengannya.

Untuk keterangan lanjut sila klik link dibawah:


Banyak sungguh aku jumpak kat mana2 forum pun. Semua orang target kalau ada yg klik link yg diaorang bagi.. (lengkap dengan rujukan akaun diaorang) diaoranga akan dapat referral commision.. ceh..

betul ke semua ni? macam tipuuuu je? benda2 macam ni banyak dalam online.. tapi yg orang betul pun ada.. bukan orang lain.. kengkadang kengkawan jugek. semua nak cepat kaya, diaorang ni berusaha sungguh2.. memang patut la jadik kaya - tapiii.. patut ke jadik kaya hasil menyelewengkan pemahaman orang lain,? terutamanya orang baru dengan internet - kurang berpengalaman hal2 macam ni? (tapi yg promot benda2 mcama ni tak semsestinya orang lama.. banyak jugak yg tau pasal komputer sikit2 je.

Persoalannya sekarang.. betul ke benda2 macam ni bole buat duit? haa.. senang cerita rujuk je Wikipedia. ingatlah.. wikipedia adalah rakan anda.. bukan google atau yahoo. sebabnya wikipedia adalah laman info yang diawasi isi kandungannya.. Google & yahoo hanyalah search engine.. hasil mereka boleh mengelirukan kepada mereka yg kurang arif menilau isi kandngan carian.

so.. kepadsa mereka yang baca iklan pasal HYIP atau get paid to Surf sila la ambik perhatian. bekalkan diri anda dengan ilmu sebelum jadik mangsa!! ini semua skim haram jadah penipu semuanya!

link:


0 komen

Berita - Video - Web berkaitan

World Tech News

In-Tech Central News