Segalanya yang wujud di sudut kedengkian & ketidakpuasan hati. Penulis mengarang berdasarkan fakta agak-agak, khabar angin, cerita kawan-kawan dan dibandingkan dengan pengalaman hidup yang selama ini susah & melarat.



Showing posts with label Annoyances. Show all posts
Showing posts with label Annoyances. Show all posts

Sunday, December 09, 2007

RM200.00 boleh dapat duit hari hari. e-dagang!!

Sunday, December 09, 2007
Malam tadi aku gi makan ngan member2 sekali lepak. Ade lak sorang brader waiter tu datang lepak ngan aku pastu citer pasal peluang perniagaan "e-dagang".

Aku tanye le dia.. apa yang diniagakannye tu? dia kate "sekarang ni e-dagang la".

Macamana, aku tanya?

"Masuk RM200 pastu diaorang rolling la, hari hari boleh masuk duit"

Cisss, nak je aku pangkah, ape yang diaorang rolling tu? Rolling Duit orang pegi jual ape? ke pegi beli loteri? tapi segan la aku nak bikin scene.. biar la aku kata dalam hati.

Pastu dia amik no H/P aku. Nanti dia call kalau abang dia dah datang, ajak kengkaan ramai2 boleh dia terangkan satu satu.. peluang menjana kewangan ni. "E-Dagang"

Cehhhhhhh "e-dagang" kunun...

pegi dah..!

0 komen

Sunday, December 31, 2006

PNG alpha problem dengan Internet Explorer?

Sunday, December 31, 2006
[Listening to: Pria Tampan - TIPE X (3:11)]


Aku mintak kat member aku suruh dia buatkan aku satu lambang RSS untuk letak kat sini. Lambang RSS ni aku nakkan besar - macam ada satu website tu.

Bila besar senang nampak, lagipun kaler logo RSS tu memang best la. Aku minat warna oren dia tu.

Bila aku post gambar tu kat sebelah aku mula nampak masalah. Aku selalu guna Opera. Masa aku guna Opera, masalah ni tak nampak pun.



PNG + alpha; Opera PNG + alpha; Firefox



Ini pulak PNG + Alpha dalam Internet Explorer 6! Pelik kan?

Aku chek kat PC member aku pun macam tu jugak! Macamana agaknye kalau tengok guna Internet Explorer 7? hmm susah jugak sebab aku pakai windows 2000. Tak boleh upgrade kepada IE7.

Macam la haram!!

So, kepada sesiapa yang pakai IE7, boleh ke nampak curve kat logo tu? ataupun sama jugak bersegi macam IE6? Sila beri komen anda!

0 komen

Tahun Baru 2007 minyak naik lagi?

Aku baru dengar siang tadi member2 aku bincang pasal road-tax kenderaan (kereta) dah turun mendadak. Pastu pulak ada cerita start 2007 harga minyak akan naik lagi RM 0.20 (20 sen)

Pergh...! berat tuh. sekarang pun dah rasa kesan masalah kenaikan minyak Pak Lah (.30 sen dulu) ni pulak nak naik lagi .20 sen.

Pak lah ni mengong ke? Penin la aku.

Nasib baik aku tak pakai kereta!!!!!

0 komen

Wednesday, December 27, 2006

Streamyx international line slow macam haram hari ni

Wednesday, December 27, 2006
[Listening to: Rokugatsu no Okinawa (Live) - BUCK-TICK (3:56)]

Hari ni memang cheebye betul la.. takleh langsung nak selesa pakai international line. asik down je. Site dalam malaysia boleh pulak!

ping giler babi punye slow.. ada yang tak boleh reach langsung pun ada.

Macam la haram!!!

0 komen

Thursday, December 21, 2006

Tol naik & isu bot mewah

Thursday, December 21, 2006

TOL AKAN NAIK LAGI?


Kerajaan dilaporkan akan membenarkan kenaikan kadar baru tol jika syarikat pemegang konsesi lebuh raya boleh memberikan alasan yang kukuh dan menetapkan satu kadar yang berpatutan yang boleh diterima rakyat.


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu, berkata, pihaknya juga telah mencadangkan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) bahawa sebarang keputusan untuk menaikkan kadar tol pada masa akan datang, perlu dilakukan dengan berhati-hati.


Menurutnya, pihaknya akan bekerjasama serta meminta pandangan badan bukan kerajaan (NGO) dan mereka yang terbabit terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menaikkan kadar tol.


Kata beliau, walaupun kadar tol tidak dinaikkan, kerajaan akan tetap terus membina lebuh raya atau jalan bertingkat dalam mengatasi kesesakan lalu lintas.


''EPU juga sedang mempertimbangkan kertas cadangan syarikat tertentu untuk menaikkan taraf beberapa jalan yang mengalami kesesakan teruk di Kuala Lumpur seperti Jalan Pahang, Jalan Gombak dan Jalan Cheras.


''Ini akan dilakukan tanpa menaikkan kadar tol di jalan-jalan terbabit. Jika perlu dinaikkan juga, ia dibuat pada kadar yang berpatutan dan dapat diterima rakyat,'' jelas Samy.


Dah Naik Pun...


1. LDP - RM1.60 (dulu RM1)
2. KESAS - RM2.20 (dulu RM1.50)
3. Cheras-Kajang, Batu 9 - RM 1 (dulu 70 sen)
4. Cheras-Kajang, Batu 11, 90 sen (dulu 60 sen )
5. KL-Karak-Gombak - RM5
6. KL-Karak-Bentong - RM3 (dulu RM2.50)
7. Guthrie Corridor - RM1.40 (dulu RM1)


Pastu plak..


“Laporan itu tidak betul langsung dan satu pembohongan. Saya tidak tahu bagaimana mereka mendapat maklumat itu hingga boleh menulis begitu,” kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasmi tiga harinya ke Venezuela, semalam.

Abdullah berkata, beliau akan meminta akhbar terbabit membuat pembetulan mengenai laporan berkenaan.

Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar Hurriyet, kelmarin, yang mendakwa beliau ke Bodrum, Turki baru-baru ini untuk melihat bot itu yang dikatakan ditempahnya empat bulan lalu.

Menurut laporan itu, bot berkenaan diperbuat daripada kayu yang diimport dari Afrika Selatan dan dijangka siap dalam tempoh 16 bulan.

Perdana Menteri mengakui ada ke Turki, tetapi tidak pernah terfikir untuk membeli bot mewah.

“Memang saya ada di Turki, tetapi saya tidak pergi melihat bot,” katanya yang singgah di negara itu dalam perjalanan ke sini.

Sementara itu, sebelum mengakhiri lawatannya ke sini, Abdullah dan Presiden Venezuela, Hugo Chavez menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) berhubung penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Bersama yang dianggotai kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin itu turut menyaksikan majlis menandatangani tiga Surat Niat (LOI) dan dua MoU antara syarikat swasta kedua-dua negara.

LOI ditandatangani antara Industri Pembangunan Pembinaan (CIDB) serta Kementerian Habitat dan Perumahan Venezuela bagi mereka bentuk dan membina 20,000 unit rumah di negara ini.

Iris Corporation dari Malaysia juga menandatangani LOI dengan American Global Security Technology C A (AGST) bagi mengadakan kerjasama mengeluarkan e-pasport Venezuela, manakala Golden Hope Agrotech Sdn Bhd menandatangani LOI untuk menjalankan kajian kesesuaian mengenai penubuhan ladang dan kilang sawit serta kilang biodiesel.

Mtrans International (Malaysia) dan Tahem S A pula menandatangani MoU untuk mempromosi dan membangunkan sistem transit monorel di Margarita Island di sini, Bogota, dan Columbia.

MoU turut ditandatangani Pos Malaysia Bhd dan Postel Telegraphic Institute of Venezuela (IPOSTEL) untuk menjalankan kajian dan membenarkan pertukaran maklumat antara dua syarikat pos itu serta menjadi hab untuk Asia dan Amerika Selatan serta Tengah.

Perdana Menteri mengakhiri lawatannya ke Venezuela semalam dan akan terus bercuti sebelum bertugas semula awal tahun depan

Tags: , , ,


0 komen

Berita - Video - Web berkaitan

World Tech News

In-Tech Central News