Segalanya yang wujud di sudut kedengkian & ketidakpuasan hati. Penulis mengarang berdasarkan fakta agak-agak, khabar angin, cerita kawan-kawan dan dibandingkan dengan pengalaman hidup yang selama ini susah & melarat.



Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Sunday, December 31, 2006

Aku raya sorang sorang!

Sunday, December 31, 2006
Hmm apa nak buat ni..? Mak aku tahun ni Raya Haji kat kampung. Abang aku datang ambik semalam. Abah aku still ade kat rumah, tengahari ni abang aku lagi sorang ambik.

Aku bila dengar kata nak raya kat kampung asal family aku, terus rasa tak best je. kanpe, kat kampung ni ramai sangat saudara-mara & adik beradik sepupu semua.

Sigh.......... lemas jugak sekali jumpa ramai2. klau banyak duit tak apa. ataupun bawak kereta besar ke, ada la semangat sikit.

satu lagi yang diaorang akan sibuk tanya iayalah; "Bila nak kahwin?"

uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....

takpelah.. aku makan KFC aje la hari ni. Takde ape kat rumah!

Semalam ade la mak aku tinggalkan ketupat & gulai ayam, dah setel pun. kawan2 ramai.. jamu diaorang semalam - sekali sekala. selalu diaorang datang rumah aku makan ketupat daun palas. Tahun ni ingatkan takda rezeki dah, tapi dapat juga akhirnye!

rezeki diaorang la tu.

0 komen

Tahun Baru 2007 minyak naik lagi?

Aku baru dengar siang tadi member2 aku bincang pasal road-tax kenderaan (kereta) dah turun mendadak. Pastu pulak ada cerita start 2007 harga minyak akan naik lagi RM 0.20 (20 sen)

Pergh...! berat tuh. sekarang pun dah rasa kesan masalah kenaikan minyak Pak Lah (.30 sen dulu) ni pulak nak naik lagi .20 sen.

Pak lah ni mengong ke? Penin la aku.

Nasib baik aku tak pakai kereta!!!!!

0 komen

Wednesday, December 27, 2006

New blogger system! Aku dah dapat!

Wednesday, December 27, 2006
Setelah seminggu menunggu2 sistem template & layout terbaru Blogger sejak keluar dari beta ni akhirnye aku dapat jugak migrate hari ni! Login je terus BAM!


Yahooo..!

memang le best lagi daripada sistem biasa. Nampak macam2 boleh buat.. bergantung kepada rekaletak (layout) template je. Aku still takj pasti camana nak edit so pakai default aje la. Tapi Blogger baru ada kemudahan edit css built-in. Chanteklah!

Paling menarik ialah sistem Kategori atau Label. Ini yang ditunggu2 dari dulu. Satu lagi yang best ialah kemudahan memasukkan skrip atau html ke bahagia sidebar. Ini bonus ni.. boleh buat macam macam beb!


Malangnye, nak masukkan picture masih lagi macam pantet! ape le susah sangat? bila Blogger nak update diaorang punya WYSIWYG ni?


0 komen

Tuesday, December 26, 2006

Pengalaman naik bas.

Tuesday, December 26, 2006
[Listening to: It's a sin - Pet Shop Boys (5:01)]


Hari ni aku lambat bangun. oops.. lupa nak cerita - aku balik kampung cuti Krismas! tapi aku tak sambut la.

Selamat hari Natal - We wish you a Merry Chrismast 3x & a happy new year!

sambung balik.. aku bangun lambat so terlepas bas nak balik ke rumah aku.. so aku terpaksa naik bas lain. Kronologinya adalah seperti berikut.

1. Masa atas motor bapak aku - dia hantar aku pergi simpang tunggu bas - dia tunjuk la satu air terjun kat atas bukit seberang jalan sana, pastu dia cerita; geng2 PAS kat tempat aku nak buat takungan air sendiri (heheheheh..) menggunakan air tadahan dari air terjun tu. Setiap pengguna kena bayar RM 300.00 untuk sistem paip ke rumah masing2. Setakat hari ni dah ada dalam 200 ahli bersetuju. Alasan diaorang nakkan paip air yang berbeza dengan orang lain adalah kerana diaorang tak suka KLORIN dalam paip diaorang.

2. Masa aku tunggu bas, jumpe anak orang kampung aku.. ngan sorang awek.. tah awek dia ke.. adik dia aku x pasti.. buleh aje la muke awek tuh.. biase je.

3. Masa aku naik bas, tengah cari seat - ada seorang awek tu pergh.. lawa jugak siot! Tapi mekap ada sikit teballah.. Nonetheless.. memang le lawa!

4. Tengah jalan.. ada sorang mamat badan besar naik, tapi gaya dan suara macam pondan ceh! dia dok belakang sekali ngan aku sebelah kanan.

5. 3 1/4 jalan.. ada awek naik ngan makcik. Ini tak boleh jadik aku kata dalam hati. PUUUUUUUUUHH!! memang lawa nak mampus! cemerlang habis. Kalau awek2 dalam siri Kawan tu senang2 je dia boleh pukul! kult muka putihnye boleh buat iklan!

6. Terdetik di hati aku.. ape awek ni buat naik bas? Ini satu dosa! Tak layak sungguh awek secemerlang macam tu naik bas! Sepatutnya ada balak datang ambik naik kereta!! Dunia sesungguhnya tak adil.. ;)

7. Dsebabkan tempat duduk dah penuh maka tinggal seat belakang je yang kosong. Aku dok seat belakang kat sebelah kiri sekali. sebelah aku ada sorang mamat. Makcik yg naik sekali dengan awek tuh duduk kat sebelah dia pastu sound "cuba korang ke tepi sikit, bagi orang duduk!" mamat tu dengan muka panas pun berenjak la sikit bagi ruang. Dapatlah awek tu duduk - sebelah mamat tu. Aku tak tau la mamat tu still panas lagi ke tak lepas kena sound!?

8. Sepanjang jalan aku tertoleh-oleh juge nak nengok awek tuh.. tapi susah la sebab dia duduk sebaris ngan aku. Boring punya pasal aku tengok2 la mini-grafiti yang ada kat belakang seat tu. Lawak jugak aku baca:

"grup Bendang Palong budak Otai..", "Bas macam cibai", "Barang baek call 012-xxx" dan yang paling best sekali aku rasa; "Hidup di dunia jangan belagak, nanti mati mata celik baru padan muka" Pergh!!

9. Dekat nak sampai pekan mamat sebelah aku turun.. Tak sempat sampai pun ke pintu makcik tadi bukak mulut lagi, "ape le punya orang.. pot pet.. pot pet.." tak habis lagii!

10. Sedar tak sedar akhirnya aku sampai jugak ke pekan. masa nak turun tu aku dan lagi jeling awek mekap tebal tu.. baru aku perasan bibir dia memang best. alahaii..! stim la pulak!

11. Sampai opis aku bukak la cerita awek lawa tu. Member tanya kat area mana.. lepas tu confirmlah memang ada awek lawa dok situ sebab selalu nampak dia kata. Bukan sorang je.. tapi ada 3 ORANG semua adik beradik dia! ciss ciss ciss..

It's a sin!!


0 komen

Thursday, December 21, 2006

Siap akhirnya blog aku!!

Thursday, December 21, 2006
[Listening to: Pehli Pehli Baar Mohabbat Ki - Sirf Tum (7:36)]

Hahahahahahahahahaha!!

Siap juge akhirnye blog aku. Pening jugak aku nak edit. Tambah Iklan lagi! Takde iklan mana nak idup beb, tengok TV Astro yang kena bayar tu pun diaorang letak iklan.

Jadilah peminat setia aku woii! aku gerenti hari hari puas baca luahan rasa syahdu aku ni. Mana tak syahdu, time ni aku tengah dengar lagu hindustan. Pukimak.. mana pegi list lagu aku yang lain?

Sekali sekala dengar hindustan best jugak!

Tapi cerita DON aku tengok macam gampang la. menyampah aku rasa. Pelakon Malaysia buat tunjuk muka je. Lage Raho Munna Bhai jugak yang best!

0 komen

Thursday, July 27, 2006

bajak.. pembajakan.. piracy

Thursday, July 27, 2006
Aku baru dengar Era rentak muzik terkini tadi.. Dj tu ada cakap pasal bajakan / bajak..

macam la best sangat.. aku dari dulu dah buat lawak pasal bajak / pembajakan ni..

member aku selalu bajak cd mp3 terbeken indon dari member dia.. member dia belajar doktor kat Indon.

memang la lawak bila sebut piracy tu bajak.. kalau kat Malaysia memang orang bajak tu maknanya bajak sawah (atau maksud yang seumpamanya.. selalunya berkaitan dengan sawah atau apa apa perbuatan berbudi dengan tanah)

disebabkan Dj radio orang dengar suara diaorang satu Malaysia.. diaorang la yang glamer bila sebut perkataan / term tu.. macam la haram..

hidup pembajakan sawah.. takde la asik2 beli beras siam je.

hidup CD bajak kepada para tokeh pirate dan pendengar...

diaorang yang beli cd bajak ni bukan ade duit pun nak beli cd ori kalau yg bajak tu tak wujud.

Cuba bayangkan cd / mp3 bajak tak wujud, ramai la orang rekod dari radio pastu dengar pakai walkman. orang Malaysia bukan reti pakai Minidisc.

0 komen

Berita - Video - Web berkaitan

World Tech News

In-Tech Central News