Segalanya yang wujud di sudut kedengkian & ketidakpuasan hati. Penulis mengarang berdasarkan fakta agak-agak, khabar angin, cerita kawan-kawan dan dibandingkan dengan pengalaman hidup yang selama ini susah & melarat.



Monday, July 31, 2006

Firefox dan extensions yg banyak giler!!

Monday, July 31, 2006
Aku support MS punye produk memang dari dulu.. sejak aku kenal komputer itu la sistem OS yg aku tau.. Aku ingat dulu masa keluar Windows 95.. ya tuhan.. Tuhan saje la yg tau.. ;)

mungkin tak terjadi kat Malaysia.. tapi kat US & banyak negara2 membangun lain.. orang berderet2 beli windows 95 walaupun diaorang tu tak ada PC. Seolah-olahnye Win95 tu adalah passport kepada satu dunia baru yang mana orang ramai berpusu pusu nak dapatkan tiket.

First Install windows aku adelah windows 98 SE (bukan yg original release tapi Second Edition).masatu aku beli PC "clone" (masa zaman tu term "clone" memang kuat dicipta untuk merendah2 kan produk tidak berjenama - kepada mereka yg tak tau apa2 la pasal PC)

Windows 98 SE dibundle-kan dengan Internet Explorer 5.0 kira terbaru sangat masa tu. Tapi.... member2 aku yg lain ada lain punya bet dengan Browser untuk internet, iaitu: NeoPlanet

Macamla best Neoplanet nih..kira nampak maju la..dengan ikon berkilat2 macam OSX punye aqua tu..

So,dari satu sudut memang neoplanet nampak best.. tapi ada jugak yang pakai saja tapi tak tau apa2. Sebenarnye bende2 macam neoplanet ni adalah "skin" kepada sistem Internet explorer itu sendiri, bukannya satu entiti browser yang berbeza macam Netscape Navigator. Banya kla enhanced features yang dibina ke dalam neoplanet untuk mencantikkan & menambah-fungsi IE yang asal.

TETAPI, penambahan ini jugak menyebabkan sistem resource untuk IE bertambah dan menyebabkan PC (yang mana pada CPU zaman tu dak power & Ram pun ciput). Secara tidak langsung menyebabkannye slow.. macam dinasour yg makan pucuk tu.

Neoplanet tak kekal popularsedibabkan masalah2 yang disebut diatas. .Kejatuhan Netscape Navigator akibat programming yang ketinggalan zaman dan kemudahan dalam penggunaan (serta sistem kempen IE bundled yang dipraktikkan oleh Microsoft yang meledakkan kes antritrust case mereka) , menyebabkan IE menjadi sistem browser no. 1 dunia.

Disebabkan oleh dominasi IE (Microsoft) dan semangat Open Source yang inginkan kebebasan pengguna memilih browser kegemaran mereka maka Mozilla melancarkan serang balas dengan browser flagship mereka yaitu Firefox!

Pada awalnya Firefox ni nampak bodoh.. sama bodoh dengan ikon Mozilla (Mosaic Godzilla) diaorang.

0 komen

Thursday, July 27, 2006

bajak.. pembajakan.. piracy

Thursday, July 27, 2006
Aku baru dengar Era rentak muzik terkini tadi.. Dj tu ada cakap pasal bajakan / bajak..

macam la best sangat.. aku dari dulu dah buat lawak pasal bajak / pembajakan ni..

member aku selalu bajak cd mp3 terbeken indon dari member dia.. member dia belajar doktor kat Indon.

memang la lawak bila sebut piracy tu bajak.. kalau kat Malaysia memang orang bajak tu maknanya bajak sawah (atau maksud yang seumpamanya.. selalunya berkaitan dengan sawah atau apa apa perbuatan berbudi dengan tanah)

disebabkan Dj radio orang dengar suara diaorang satu Malaysia.. diaorang la yang glamer bila sebut perkataan / term tu.. macam la haram..

hidup pembajakan sawah.. takde la asik2 beli beras siam je.

hidup CD bajak kepada para tokeh pirate dan pendengar...

diaorang yang beli cd bajak ni bukan ade duit pun nak beli cd ori kalau yg bajak tu tak wujud.

Cuba bayangkan cd / mp3 bajak tak wujud, ramai la orang rekod dari radio pastu dengar pakai walkman. orang Malaysia bukan reti pakai Minidisc.

0 komen

Berita - Video - Web berkaitan

World Tech News

In-Tech Central News