Segalanya yang wujud di sudut kedengkian & ketidakpuasan hati. Penulis mengarang berdasarkan fakta agak-agak, khabar angin, cerita kawan-kawan dan dibandingkan dengan pengalaman hidup yang selama ini susah & melarat.



Saturday, January 06, 2007

sistem baru url - custom domain blogger

Saturday, January 06, 2007
Blogger baru sahaja mengumumkan skim "custom domain" untuk url blogger. Menggunakan khidmat baru ini pengguna boleh menggunakan url domain sendiri, tetapi masih mengekalkan sistem blogger sedia ada.

Sistem lama membolehkan blogger dihostkan di hosting sendiri, mudah untuk membuat pengubahsuaian, malangnya tidak serasi sangat dengan sistem template baru.

Cara baru ini hanya bertindak mengalihkan url blogger kepada alamat domain pilihan sendiri. kelebihannya adalah penggunaan template baru blogger dikekalkan sepenuhnya.

Menarik juga ni..

nak tukar ke tak?

member aku ada domain kosong.. subdomain aje la.

nak pakai ke tak niiii...???

0 komen

Sunday, December 31, 2006

PNG alpha problem dengan Internet Explorer?

Sunday, December 31, 2006
[Listening to: Pria Tampan - TIPE X (3:11)]


Aku mintak kat member aku suruh dia buatkan aku satu lambang RSS untuk letak kat sini. Lambang RSS ni aku nakkan besar - macam ada satu website tu.

Bila besar senang nampak, lagipun kaler logo RSS tu memang best la. Aku minat warna oren dia tu.

Bila aku post gambar tu kat sebelah aku mula nampak masalah. Aku selalu guna Opera. Masa aku guna Opera, masalah ni tak nampak pun.



PNG + alpha; Opera PNG + alpha; Firefox



Ini pulak PNG + Alpha dalam Internet Explorer 6! Pelik kan?

Aku chek kat PC member aku pun macam tu jugak! Macamana agaknye kalau tengok guna Internet Explorer 7? hmm susah jugak sebab aku pakai windows 2000. Tak boleh upgrade kepada IE7.

Macam la haram!!

So, kepada sesiapa yang pakai IE7, boleh ke nampak curve kat logo tu? ataupun sama jugak bersegi macam IE6? Sila beri komen anda!

0 komen

Aku raya sorang sorang!

Hmm apa nak buat ni..? Mak aku tahun ni Raya Haji kat kampung. Abang aku datang ambik semalam. Abah aku still ade kat rumah, tengahari ni abang aku lagi sorang ambik.

Aku bila dengar kata nak raya kat kampung asal family aku, terus rasa tak best je. kanpe, kat kampung ni ramai sangat saudara-mara & adik beradik sepupu semua.

Sigh.......... lemas jugak sekali jumpa ramai2. klau banyak duit tak apa. ataupun bawak kereta besar ke, ada la semangat sikit.

satu lagi yang diaorang akan sibuk tanya iayalah; "Bila nak kahwin?"

uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....

takpelah.. aku makan KFC aje la hari ni. Takde ape kat rumah!

Semalam ade la mak aku tinggalkan ketupat & gulai ayam, dah setel pun. kawan2 ramai.. jamu diaorang semalam - sekali sekala. selalu diaorang datang rumah aku makan ketupat daun palas. Tahun ni ingatkan takda rezeki dah, tapi dapat juga akhirnye!

rezeki diaorang la tu.

0 komen

Tahun Baru 2007 minyak naik lagi?

Aku baru dengar siang tadi member2 aku bincang pasal road-tax kenderaan (kereta) dah turun mendadak. Pastu pulak ada cerita start 2007 harga minyak akan naik lagi RM 0.20 (20 sen)

Pergh...! berat tuh. sekarang pun dah rasa kesan masalah kenaikan minyak Pak Lah (.30 sen dulu) ni pulak nak naik lagi .20 sen.

Pak lah ni mengong ke? Penin la aku.

Nasib baik aku tak pakai kereta!!!!!

0 komen

Friday, December 29, 2006

member aku bukak blog AMV

Friday, December 29, 2006
[Listening to: Terharu - Wings (3:02)]


Baru je semalam member aku jenguk sini dan tertarik ngan amv citer FLCL yg ade kat sidebar tu (my name is naota!).

Tapi lepas tu dia kate dia buleh buat lagi best.. kata dia la. Lagipun dia kata takde amv lagu melayu. dia nak try buat. Tup2 tengahari tadi dia mesej aku kata amv dia dah siap! Huyooo..

kepada yang tak tau, amv ni bermaksud Anime Music Video. Basically diaorang pilih lagu, masukkan klip2 video anime yang diaorang minat, jadi la muzik video. ni kira amatur la ni.

boleh tahan jugek la dia buat tambahan plak baru semalam dia start. Lagu kebetulan sekarang ni lagu popular Mawi.. (mawas..?). Tapi aku sendiri pun rasa lagu mawas tu x best! versi Wings lagi best ah!

sebagai menyokong member aku buat amv, aku boh la video dia kat sini. Dia siap buat blog baru lagi tu. jangan tak terjage suda la beb!


0 komen

Thursday, December 28, 2006

Streamyx problem - Taiwan underwater cable fault

Thursday, December 28, 2006
istening to: A Dangerous Mind - Within Temptation (4:16)]

dipetik dar Berita Harian

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan internet antarabangsa termasuk di Malaysia mengalami gangguan teruk apabila kabel dasar laut Asia Pasifik Rangkaian 2 (APCN2) terputus ekoran gempa bumi di barat daya Taiwan, kelmarin.

Berikutan itu, lebih 3.8 juta pelanggan internet di negara ini mengalami kesukaran melayari laman web yang berpangkalan di luar negara, terutama Amerika Syarikat (AS), Jepun, China, Taiwan, Korea Selatan dan Eropah.

Kerosakan kabel di persisiran pantai selatan Taiwan itu turut mengganggu 98 peratus daripada kapasiti perkhidmatan telefon kepulauan itu dengan Malaysia, Singapura, Thailand dan Hong Kong.

Telekom Malaysia Bhd (TM), dalam kenyataan semalam berkata gempa bumi di Taiwan itu mengakibatkan kerosakan sistem kabel dasar laut termasuk APCN, APCN2, SEA-ME-WE3, CUCN dan FLAG.

Kerosakan itu menyebabkan perkhidmatan panggilan antarabangsa ke Taiwan, Jepun, China, Hong Kong, Korea dan Amerika Syarikat terjejas.

“TM sedang bekerjasama dengan ahli konsortium untuk melaksanakan kerja membaik pulih. Bagaimanapun, setakat ini, konsortium masih tidak dapat menentukan tempoh masa untuk perkhidmatan pulih sepenuhnya,” katanya.

Syarikat itu menasihatkan pelanggan yang ingin membuat panggilan antarabangsa supaya menghubungi perkhidmatan bantuan operator TM di talian 101.

TM Net Sdn Bhd pula memaklumkan, perkhidmatan internetnya mengalami gangguan prestasi berikutan sambungan talian sesak dan melampau di beberapa jaringan internet antarabangsa semalam.

Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata ia sudah mengambil tindakan segera dengan mengalih laluan trafik ke jaringan sokongan lain bagi mengurangkan kesesakan.

“Pengguna internet di Malaysia dan bahagian lain di negara ini mungkin mengalami sedikit penangguhan dalam mengakses kandungan laman web berpangkalan di luar negara, terutama di AS, Jepun, China, Taiwan, Korea Selatan dan Eropah,” katanya.

TM Net menjelaskan, gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter di pantai selatan Taiwan malam kelmarin menyebabkan gangguan pada kabel APCN2 antara Shantou, China dan Tanshui, Taiwan serta Lantau, Hong Kong dan Chongming, China.

“Ia menyebabkan sambungan internet yang melampau pada talian internet TM Net International secara sambungan transit atau pemula, terutama ke negara yang disebutkan,” katanya.

Pelanggan boleh menghubungi Pusat Interaksi Pelanggan TM Net di 1-300-88-9515 (24 jam) atau 1-300-88-1515 dari 8 pagi hingga tengah malam atau e-mel ke custcare@tm.net.my untuk pertanyaan lanjut.

JARING Communications Sdn Bhd pula berkata talian antarabangsa syarikat itu turut terjejas bermula jam 3.46 pagi semalam dan ia sedang berurusan dengan pihak pembekal talian antarabangsa untuk menyegerakan proses membaik pulih.

“Bagaimanapun, jangka masa proses untuk mengembalikan operasi talian itu tidak dapat ditentukan lagi,” kata Pusat Operasi Rangkaian JARING dalam kenyataan di laman webnya.

0 komen

Berita - Video - Web berkaitan

World Tech News

In-Tech Central News